Risingtaste

Thursday, August 11, 2011

Serbuk PERANGSANG NAFSU WANITA - Taktik Baru PEROGOL




KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak , campurkan ke dalam minuman dan kacau sehingga sebati, namun kesannya sangat merbahaya kerana mampu meningkatkan nafsu seks terhadap wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu sering digunakan oleh lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisitent Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutamanya golongan wanita agar lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka dijadikan mangsa rogol.

Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kejadian seperti itu boleh berlaku.



P/s: Kepada golongan wanita sekalian.... sila berhati-hati di mana-mana anda berada.... be careful! :D Peace One Malaysia ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...